|
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan “Takaful” ialah ‘kafala’ yang bererti
untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana “Takaful” merupakan katanama yang
berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya juga bererti ‘ saling menjamin,
menjaga atau memelihara’.Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang
berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan
bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama
bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan
yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk
membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat
Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah
supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah
tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of
Takaful Operator.
Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh
dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.
|
|