Tambah Simpanan dan Lindungi Keluarga Anda
Keluarga adalah segala-galanya bagi anda. Demi kasih sayang dan sikap prihatin, anda sanggup berkerja keras untuk mereka. Namun, kehidupan tidak dapat diduga. Kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku dan anda mungkin tidak dapat menjaga keperluan mereka.
Statistik menunjukkan bahawa seseorang mengalami kecederaan akibat kemalangan setiap 15minit*; 189 pekerja** cedera ketika menjalankan tugas setiap hari dan 19 orang*** dimasukkan ke hospital setiap jam disebabkan kecederaan kemalangan. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Oleh itu amat penting untuk melindungi masa depan kewangan keluarga anda sekarang.
Sumber-sumber:
*Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010
**National Institure of Occupational Safety and Health: Occupational Safety and Health System and Programme in Malaysia 2005
***Renovatio Medical Card and Healthcare Services:Accident Stats in Malaysia 2010
Menjamin Kewangan Masa Hadapan Keluarga Anda
Prisma+ membantu anda melindungi ketidakpastian dalam hidup dengan menawarkan perlindungan kewangan yang bersesuaian di samping menawarkan simpanan tunai serendah RM50.00 sebulan.
Pada saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi berserta simpanan tunai terkumpul bagi meringankan beban kewangan mereka. Anda boleh menarik nafas lega kerana kebajikan jangka panjang keluarga anda dijaga.